











3. Buat senaman selalu
Senaman yang dilakukan hari-hari boleh juga membantu kesihatan otak dengan perjalanan darah yang baik.
4. Cuba latih memori dengan gambar
Ambil sekeping gambar dan perhatikan sejenak. Kemudian tutup gambar tersebut dan cuba ingat kembali apa kandungan dalam gambar tersebut. Latihkan sentiasa dengan bermacam-macam gambar.
5. Ulang-ulangkan apa-apa yang kita pelajari
Pengulangan demi pengulangan boleh membantu perkara itu untuk masuk ke dalam memori jangka panjang otak kita. "Practise makes perfect".
6. Wujudkan imej-imej yang jelas dalam otak kita
Kita akan dapat mengingat sesuatu dengan lagi mudah jika sekiranya kita dapat memvisualkannya dalam fikiran. Cuba bayangkan imej-imej yang mudah diingati, yang agak luar biasa sedikit dan seumpamanya.
7. Kategorikan apa-apa yang ingin anda ingatkan
Jika anda mengkategorikannya maka ianya tidak akan berterabur atau berserabut. Jadikan ianya sistematik , barulah proses mengingat akan jadi lebih mudah, insyaALlah.
8. Cuba amalkan meditasi
Kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang selalu mengamalkan meditasi (tafakkur) berupaya untuk fokus dengan baik dan mempunyai memori yang lebih bagus.
9. Tidur yang elok dan cukup
Dapatkan tidur malam yang selesa dan cukup iaitu sekurangnya 7 jam.
10. Berikan masa untuk anda membentuk memori
Tidak perlu tergopoh-gopoh untuk meningkatkan keupayaan memori kita. Amalkan tips-tips untuk meningkat upaya memori dengan beransur-ansur. Bagi masa kepada otak anda agar dapat membiasakan diri dengannya.


SEMALAM tengok cite ni kat astro, DUMA tajuk die. best giler cite ni. sedih sesangat. aku tak pernah tengok cite ni tapi baca2 kat internet cite ni dah ade sejak tahun 2005 lagi. hahaha rupanye dah lama cite ni kan.hehehe sampai menangis aku tengok cite ni.teringat dekat kucing aku "belang" dulu. ayah aku buang die dulu pasal die selalu muntah kat sofa semua. bunyi mcm kejam kan tapi ayah aku tak lah kejam cuma mungkin masa tu, itu je jalan yg die terpikir. masa tu aku kecik lagi kan mcm x pandai sgt nak pikir la mcm mana nak tolong "belang". actually nama "belang" tu sebab badan die belang2. lepas tu ayah aku gi buang die jauh tau. esoknye die boleh balik umah lagi, memang betul2 amazing!!! mcm mana kucing boleh ingat jalan nak balik umah. lepas tu sakit die tak ok2 jugak. hai kalau skrg ni aku dah bawak gi klinik dah. ayah aku buang die lagi sekali. lepas tu die dah tak balik dah. tak tahu la rasanye mesti die dah mati, sbb kalau die tak mati aku confirm die akan balik. sedih gile lah boleh menangis aku kalau teringat kat "belang". tu sebabnye aku dah tak nak ade haiwan peliharaan lagi sbb tak nak lalui benda yg sama lagi sekali. memang x dpt dinafikan lah kalau kita ada haiwan peliharaan ni, i mean kalau kita bela dr kecil memang ade kasih sayang antara tuan ngan haiwan tu. walaupun antara manusia dan haiwan. mcm cite ni lah. memang pikir2 balik mcm mana lah haiwan boleh ader perasan macam tu pada manusia kan? memang pelik dan unik. kalau manusia maybe tak pelik lah sebab kita ade perasaan, otak, hati semua kan. maybe haiwan pun memang ade perasan walaupun otak mereka tak macam manusia kan. memang rasanye cite ni berjaya menunjukkan kehebatan hubungan antara manusia ngan haiwan. dah la cheetah lagi tu bukan calang2 haiwan kan? haiwan liar yg kita sendiri tahu memang bahaya utk kita dekat. tapi disebalik ganas nye haiwan ni tapi still ade perasaan tu yg best tu. kepada yg belum tengok tu mungkin astro akan ulang balik cite ni dlm masa terdekat ni jadi rajin2 lah tengok channel 411 ek. eh 411 ke? rasanye lah...Selamat Menonton
DAH lama rasanye tak makan sayur kangkung!! rasa nak makan sayur kangkung masak belacan lah. tu yg cari resepi kat tenet tu. best kan kangkung yg jenis daun panjang tirus ni kan. rasa nye kangkung ni mudah jugak nak tanam kan, sebab kangkung ni tak memerlukan air yang banyak, kalau tak silap aku lah. ni ader resepi kalau ader yg nak cuba lah.Selamat Mencuba!!!Bahan-Bahan:
600 gm kangkung, dibersihkan dan disejatkan
½ cawan minyak untuk menumis
Garam secukupnya
5 tangkai cili merah - digiling
6 ulas bawang putih - digiling
6 biji bawang merah - digiling
1 sm belacan - digiling
50 gm udang kering - digiling
Cara:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan giling hingga wangi. Kemudian masukkan kangkung dan garam. Kacau lagi hingga sebati. Apabila cukup masak baru angkat dan hidang.
MASA sampai umah semalam tengok ade "lopak tike" bawah saji kat umah. bagi org yg tak tahu ni nama kuih kat Kelantan dan area2 Ganu pun ade jugak kot. tapi kat Ganu tak tahu lah pulak panggil aper kan. eh terpikir pulak mak mertua aku ni tahu ke masak kuih Kelantan ni. dalam hati dah agak dah ni mesti die belajar dengan geng die akak depan umah tu. utk makluman mak mertua aku memang ade geng yg buat kuih muih ni. dieorang selalu cuba2 bt macam2 kuih, siap ader buku resepi yg die tulis sendiri.tulis tangan lah. macam old school kan. mak mertua aku suruh aku makan kuih "lopak tike" tu tapi die kata tak cukup syarat tu, sebab selalunye die ader pulut yang warna merah. warna tu tak kisah la kan sebab nak bagi cantik.tapi kuih ni aku perasan memang penuh dengan colour. mula2 santan colour putih, tepung warna hijau, pulut colour pink atau merah, dan kuah manisan colour coklat. memang meriah lah. tapi pikir2 balik teringat pulak masa weekend hari tu masa tengah lepak2 kat umah ade org ketuk pintu, org jual kuih "lopak tike" ni lah. masa tu beli jugak 2 bungkus RM 4. mak mertua aku kenal org yg jual tu die kata org tingkat atas blok. family die ramai jadi mak die bt kuih lah sebab nak cover duit belanja sikit kan. maklum lah anak ramai. yg die jual tu tak sedap sangat lah. dah la kuah manisan die sikit, memang tak cukup. sebab tu kot mak mertua aku cuba nak bt sendiri kot, maklumlah tak puas makan lagi masa beli tu. lagipun memang x sedap. ini lah die gambar kuih tu...selamat menikmati gambar ni k...hehehehe nasib korang lah dpt tengok gambo jer....