Friday, May 14, 2010

Jalan Jalan Cari Makan

WEEKEND minggu lepas pegi Mid Valley. niat hati nak makan kat kedai POPEYE tu. minggu sebelum ini makan kat situ, sedap. tp bile sampai kedai tu ramai pulak org sampai takde meja yg kosong. adoi frust betul masa tu. lepas tu ajak husband cuba laksa dekat jusco pulak. punya lah accited aku nak makan sebab sebelum ni selalu lalu tempat ni, tengok org makan mcm sedap. dengan bau laksa yg menusuk ke hidung. memang sebelum ni pun selalu niat dlm hari 1 hari nak cuba gak makan kat sini. tp bila sendiri makan punyalah tak sedap. adoi frust lagi. husband aku beli nasi lemak. pelik gak aku sbb tak pernah2 die makan nasi lemak. tup tup order nasi lemak pulak. aku tanye "nape order nasi lemak?" die kata no choice. dah laksa aku tak sedap, aku cuba lah nasi lemak pulak. pun tak sedap jugak. nampaknye tu lah first & last aku akan makan kat situ kot. heran jugak tengok org lain makan mcm sedap je. tp kalau tanya aku memang tak sedap. tu lah selera tak sama kan?



Colek Mangga

NI lah colek mangga. dah lama tak makan jadi hari tu aku bt lah. kebetulan ade mangga. bawak datang opis makan ramai2. ha kalau nak tahu cili yg besar tu saje je letak untuk senang nak cili mulut org. eh takde la gurau je. ini bahan2 nak sediakan colek ni:

1. mangga
2. garam
3. gula
4. cili
-campur bahan ni lama sikit sebelum makan. supaya bahan2 sebati. selalunye aku akan buat pagi, petang baru makan. sedap...

Buah Manggis

BUAH manggis memang favorite aku. aku memang suka gile buah ni. tp sekarang ni belum musim kot. sebab susah lah nak jumpa. tapi hari tu pegi carrefour Mid Valley ade pulak. tp mahal sikit lah dapat RM 5.50 untuk sekilo. aku beli jugak lah sekilo sebab nak makan sgt. bt balik umah aku habiskan sorang je manggis sekilo. memang best. korang kalau tahu mane2 tempat ade jual manggis tolonglah cakap. boleh la aku pegi beli. tp kalau tlg pegi beli lagi ok. hehehe. kat umah aku kat kmpg memang ader pokok ni. ader ke tak buahnye aku tak tahu lah. tp pokok memang ade.

Manggi In My Mug & Nescafe

DATANG2 keje je nampak ade maggi & nescafe ni kat meja opis. tertanya2 jugak siapa2 lah yg bagi ni. dah la semua org dpt. lepas tu tanye2 org rupanye Kak Gee yg bagi. sbb opis ade terlibat ngan 1 event ape entah. event tu bt dekat hotel hari sebelum tu. mungkin ader lebih2 jadi Kak Gee agih-agihkan lah kat semua org kot.

Vaksin H1N1

VIRUS H1N1 dah datang balik. tambahan pulak ramai yg demam sekarang ni. termasuk lah aku. selepas bt check up yg kat opis tu, PM Care galakkan semua staf pegi ambik vaksin H1N1 di klinik2. utk langkah berjaga2. kalau nak murah pegi lah klinik kerajaan. kena RM 1 je. kalau swasta rasanye mahal kot. tp bg yg demam jgn pegi dulu. dah baik demam baru blh pegi. jadi ramai jugaklah yg pegi. kkham, arni and ina dah pegi dah. ni gambar no giliran dieorg lah. aku memang tak join sbb memang tengah demam. tp rasanye kalau x demam pun aku memang tak pegi sebab memang takut cucuk2 ni. aku tengok gambar ni pun takut. hehehe. bg org kat luar tu pegi lah ambik suntikan vaksin ni. tp selepas dpt suntikan ni korang akan rasa mcm nak demam, maybe loya2 sikit. ini bukan tipu tau. nurse sendiri yg cakap tau. kesan ni bergantung kpd individu. jadi kalau rasa nak demam kena lah terus makan ubat kalau tak nak demam melarat kan.

Nasi Lemak

HARI tu abg din bawak lauk2 nak makan nasi lemak kat opis. dengar kata "nasi lemak" semua suka kan. biasa lah org Malaysia, memang suka makan nasi lemak. tapi nasi die belum masak lagi. nak masak kat opis. jadi Arni ditugaskan utk masak nasi. lauk yg Abg Din bawak, sambal ikan bilik, ikan bilis goreng, telur rebus dan timun. memang sedap makan sampai rasa mcm tak cukup pulak. sedap sambal ikan bilis tu. setakat ni Abg Din buat sambal memang belum pernah fail lagi. die punya ayam masak merah masa raya hari tu pun kitaorg still sebut2 lagi. tu lah sedap sampai tak boleh lupa. nasi lemak tu kitaorg makan utk sarapan & lunch. Siti Hajar Mat Ali takde kat opis masa ni sebab die mc. hahaha....ruginye.

Gambar x ok sgt...sbb ade lauk yg dah nak habis. lupa nak ambik gambar masa awal2

Thursday, May 13, 2010

Kena Check Up.....

MINGGU lepas ade check up kat opis. biasa lah keje kat PM Care kan! mestilah kena pastikan staf semua sihat, betul tak? ye lah, sebab aku tengok memang ramai yg tak sihat kat opis ni. terdengar org batuk sana sini. termasuk lah aku yg memang dah lama demam. batuk jangan cakap lah. rasa dah setengah tahun batuk ni tak berenti2 pun. dah habis ubat batuk Dr bagi aku telan. tapi tak ok ok jugak. tapi dieorang(misi2 yg cute ni) cuma check suhu badan je. kalau suhu tinggi sangat mungkin dpt mc utk hari tu. rasanye suhu x normal adalah 37 ke atas lah. suhu aku 36.8. jadi still ok lah. hai kenapa lah tak tinggi kalau tak boleh balik kan? hahaha. ade jugak mcm tu kan? lepas tu misi tu tengok aku asyik batuk je die bagi lah topeng muka. aku pakai kejap je lepas tu buang je. biasalah macam rimas pulak nak pakai lama2 kan? hehehe





Coklat FERRERO ROCHER

HARI tu ade kawan(Rosdi) gi bercuti kat Langkawi. saje pegi bercuti bawak anak bini pegi jalan2 makan angin. actually ni kawan husband. aku kenal jugak sebab keje 1 opis dulu masa kat JPM. die pun org Kelantan jugak. mcm biasa lah kalau gi Langkawi mesti nak kirim coklat kan. jadi husband kirim suruh die beli coklat dan perfume sekali. utk pengetahuan korang husband aku memang hantu perfume. mcm aku jugak lah. berlambak perfume. die kalau takde perfume memang tak blh hidup. perfume die sekejap je habis. kalau beli kat Langkawi dapatlah murah sikit drpd beli kat sini. tp jgn korang beli kat jeti pulak. sbb kat jeti mahal jugak harga die. kena survey dulu sebelum beli. yg coklat tu mcm2 lah die beli. dah banyak jadi aku bawak lah 1 coklat FERRERO ROCHER ni datang opis. ye lah kalau simpan kat umah pun bukannye makan sgt. nak bg kawan2 opis rasa sikit2 sorang. memang sedap lah makan ramai2. aku pun makan jugak. tu lah die hehehe..... nanti lah kalau ade rezeki lagi nanti bawak lagi k.

Kereta Buat HAL.....

NI lah kisahnye nak cite pasal keta aku yg tiba2 je buat hal masa nak pegi keja minggu lepas. elok je naik kete tak berape jauh dr umah dah husband perasan yg temperature kete tinggi (lebih dari separuh). memang lah lelaki kan. kalau aku yg bawak keta rasanye memang tak perasan temperature tu. lepas tu husband bawak lagi. husband kata kita masuk teruslah ke selekoh jalan yg nak ke Dengkil tu sebab kat dengkil banyak kedai kete. maklum lah Putrajaya kan bukan nye ade kedai2 kete ni kan. kalau ader pun mesti tak banyak lah. aku agak je. lepas tu kitaorg terus je la bawak kete tu nak terus ke bengkel. tup2 tengah jalan kete terus berenti@mati enjin sendiri. nasib baik dah lepas traffic light dan betul2 berenti tepi jalan. memang lega betul rasa masa tu. husband terus call kawan die yg memang umah kat Dengkil sebab nak tanya mana bengkel yg ok dan nak mintak tolong die datang tolong kitaorg. lepas call tu kitaorg pun tunggu lah kat tepi jalan tu. husband buka tempat enjin keta. memang dah berasap semua. eeee nasib baik lah tak meletup!!!tu lah cite nye sampai aku kena ponteng keje sebab keta siap lama sangat.kena tukar barang lah sebab ade "something" yg bocor. tak tahu ape kejadah nama barang yg tukar tu. nama pelik sangat. dah la tengah plan nak balik kampung ni. nasib baik lah kete buat hal awal. dibuatnye die bt hal masa otw balik kampung lagi parah kan? nasib baik lah. sekarang ni keta dah ok. ye lah dah habis RM 300 ok lah kan? erm macam2 lah





Tuesday, May 11, 2010

Khasiat BUDU....

RASAnye lepas baca entry ni ramai lah yg makan budu. bg yg dah makan tu mesti bertambah2 lagi kan. tak sangka pulak banyak khasiat budu ni. aku suka je ade artikel mcm ni sebab boleh tunjuk kat husband betapa berkhasiatnye budu ni. sebab kalau die nampak aku makan budu die kata jangan makan banyak sangat sebab budu kan masin. takut kena darah tinggi le tu. harap2 lah die bagi aku makan lepas baca artikel ni kan. sebenarnye aku bukannye makan budu setiap hari. dulu aku makan budu masa balik kampung je. tp sejak aja (budak Ganu duduk sebelah aku kat opis) keje kat opis ni aku pun start makan balik. makan kadang2 je. tapi kalau nak cakap pasal rasanye memang sedap lah kalau kena dengan ulam2 tertentu. mcm pegaga, pucuk ubi kayu, terung pipit, jering, petai, bendi, daun selasih, timun dll. dalam budu letak cili, perah asam limau sikit. tak pun masukkan tempoyak durian. memang sedap makan ngan nasi. macam pembuka selera lah bg org yg biasa makan budu. kalau kat kmpg stok budu memang tak pernah putus. setiap kali makan nasi memang kena ade budu.

Sunday, May 2, 2010

10 Cara Optimumkan Memori Otak

1. Pastikan otak kita sentiasa aktif

Otak bukanlah seperti otot, tetapi biasa membuat latihan pada otak akan menyebabkannya mengembangkan sambungan saraf yang boleh membantu meningkatkan daya memori.

2. Kurangkan tekanan

Tekanan yang terlampau walaupun tidak akan menyebabkan kepada kerosakan otak, tetapi boleh menyebabkan memori kita semakin lemah. Sehinggakan tekanan sementara pun sudah boleh menyebabkan kita hilang daya tumpuan terhadap sesuatu konsep dan pemerhatian sesuatu.

3. Buat senaman selalu

Senaman yang dilakukan hari-hari boleh juga membantu kesihatan otak dengan perjalanan darah yang baik.

4. Cuba latih memori dengan gambar

Ambil sekeping gambar dan perhatikan sejenak. Kemudian tutup gambar tersebut dan cuba ingat kembali apa kandungan dalam gambar tersebut. Latihkan sentiasa dengan bermacam-macam gambar.

5. Ulang-ulangkan apa-apa yang kita pelajari

Pengulangan demi pengulangan boleh membantu perkara itu untuk masuk ke dalam memori jangka panjang otak kita. "Practise makes perfect".

6. Wujudkan imej-imej yang jelas dalam otak kita

Kita akan dapat mengingat sesuatu dengan lagi mudah jika sekiranya kita dapat memvisualkannya dalam fikiran. Cuba bayangkan imej-imej yang mudah diingati, yang agak luar biasa sedikit dan seumpamanya.

7. Kategorikan apa-apa yang ingin anda ingatkan

Jika anda mengkategorikannya maka ianya tidak akan berterabur atau berserabut. Jadikan ianya sistematik , barulah proses mengingat akan jadi lebih mudah, insyaALlah.

8. Cuba amalkan meditasi

Kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang selalu mengamalkan meditasi (tafakkur) berupaya untuk fokus dengan baik dan mempunyai memori yang lebih bagus.

9. Tidur yang elok dan cukup

Dapatkan tidur malam yang selesa dan cukup iaitu sekurangnya 7 jam.

10. Berikan masa untuk anda membentuk memori

Tidak perlu tergopoh-gopoh untuk meningkatkan keupayaan memori kita. Amalkan tips-tips untuk meningkat upaya memori dengan beransur-ansur. Bagi masa kepada otak anda agar dapat membiasakan diri dengannya.


SUMBER ASAL:

http://www.teknosains.info/2008/04/15-langkah-meningkatkan-keupayaan.html

Carrot Cup Cake

HARI ni tak tahu la mimpi aper masa tengah kemas2 tempat keje ni terpikir pulak dalam hati aku lah " eh rasa macam kkham buat cup cake je hari ni". eh tup2 kkham datang keje memang die bt cup cake lah. hehe memang betul lah instinct aku, kadang2 jer betul selalunye salah. mula2 teruja nak tengok kkham bt cup cake ape pulak. ooo bestlah die bt carrot cup cake. dah la dgn presentation cantik, rasa pun sedap. mula2 konon makan sikit lepas tu mula lah tambah. kepada Siti Hajar Mat Ali yg tengah pening dan tak datang opis tu sorry la sbb tak dpt makan cup cake ni. dah kitapun tak nak simpan utk aja. hahahaa...sedap Thanks to Kkam

Buah-buahan yg jarang kita jumpa....

Buah Katak Puru
Buah ni rasa manis dan masam2 sikit...sedap makan cicah garam

Nanti aku update lagi ek tengah buzy ni

Jeruk Buah Sentul


JERUK MANIS

[semua bahan ni kena agak-agak jer masin dan manisnya... ]

Bahan
Buah Sentul( juga boleh dibuat utk buah Mangga/Kedondong/Cermai)
garam
gula
air

Cara
1. Buah dipotong kecil-kecil...ikut suka sendiri
2. Rendamkan dalam air garam sehingga tenggelam semalaman @ lagi lama lagi bagus...
3. Toskan sehinga kering.
4. Masakkan air dan gula [saperti sirap] secukup manis dan sejukkan.
5. Masukkan buah yg telah ditoskan.
6. campurkan buah tadi ke dalam air bancuhan tersebut
7. boleh la dimakan.


JERUK PEDAS

[semua bahan juga kena agak-agak jer.. ]

Bahan
Buah Sentul( juga boleh dibuat utk buah Mangga/Kedondong/Cermai)
garam
gula air
cili mesin

Cara
1. Buah dipotong dan rendam sama seperti jeruk manis.
2. Masakkan gula, air dan cili secukupnya sampai mendidih. Sejukkan
3. Masukkan buah yg ditoskan ke dalam bancuhan air gula n cili itu tadi...

SELAMAT MENCUBA! :kenyit: