WEEKEND minggu lepas pegi Mid Valley. niat hati nak makan kat kedai POPEYE tu. minggu sebelum ini makan kat situ, sedap. tp bile sampai kedai tu ramai pulak org sampai takde meja yg kosong. adoi frust betul masa tu. lepas tu ajak husband cuba laksa dekat jusco pulak. punya lah accited aku nak makan sebab sebelum ni selalu lalu tempat ni, tengok org makan mcm sedap. dengan bau laksa yg menusuk ke hidung. memang sebelum ni pun selalu niat dlm hari 1 hari nak cuba gak makan kat sini. tp bila sendiri makan punyalah tak sedap. adoi frust lagi. husband aku beli nasi lemak. pelik gak aku sbb tak pernah2 die makan nasi lemak. tup tup order nasi lemak pulak. aku tanye "nape order nasi lemak?" die kata no choice. dah laksa aku tak sedap, aku cuba lah nasi lemak pulak. pun tak sedap jugak. nampaknye tu lah first & last aku akan makan kat situ kot. heran jugak tengok org lain makan mcm sedap je. tp kalau tanya aku memang tak sedap. tu lah selera tak sama kan?
Friday, May 14, 2010
Colek Mangga
NI lah colek mangga. dah lama tak makan jadi hari tu aku bt lah. kebetulan ade mangga. bawak datang opis makan ramai2. ha kalau nak tahu cili yg besar tu saje je letak untuk senang nak cili mulut org. eh takde la gurau je. ini bahan2 nak sediakan colek ni:
1. mangga
2. garam
3. gula
4. cili
-campur bahan ni lama sikit sebelum makan. supaya bahan2 sebati. selalunye aku akan buat pagi, petang baru makan. sedap...
1. mangga
2. garam
3. gula
4. cili
-campur bahan ni lama sikit sebelum makan. supaya bahan2 sebati. selalunye aku akan buat pagi, petang baru makan. sedap...
Buah Manggis
BUAH manggis memang favorite aku. aku memang suka gile buah ni. tp sekarang ni belum musim kot. sebab susah lah nak jumpa. tapi hari tu pegi carrefour Mid Valley ade pulak. tp mahal sikit lah dapat RM 5.50 untuk sekilo. aku beli jugak lah sekilo sebab nak makan sgt. bt balik umah aku habiskan sorang je manggis sekilo. memang best. korang kalau tahu mane2 tempat ade jual manggis tolonglah cakap. boleh la aku pegi beli. tp kalau tlg pegi beli lagi ok. hehehe. kat umah aku kat kmpg memang ader pokok ni. ader ke tak buahnye aku tak tahu lah. tp pokok memang ade.
Manggi In My Mug & Nescafe
DATANG2 keje je nampak ade maggi & nescafe ni kat meja opis. tertanya2 jugak siapa2 lah yg bagi ni. dah la semua org dpt. lepas tu tanye2 org rupanye Kak Gee yg bagi. sbb opis ade terlibat ngan 1 event ape entah. event tu bt dekat hotel hari sebelum tu. mungkin ader lebih2 jadi Kak Gee agih-agihkan lah kat semua org kot.
Vaksin H1N1
VIRUS H1N1 dah datang balik. tambahan pulak ramai yg demam sekarang ni. termasuk lah aku. selepas bt check up yg kat opis tu, PM Care galakkan semua staf pegi ambik vaksin H1N1 di klinik2. utk langkah berjaga2. kalau nak murah pegi lah klinik kerajaan. kena RM 1 je. kalau swasta rasanye mahal kot. tp bg yg demam jgn pegi dulu. dah baik demam baru blh pegi. jadi ramai jugaklah yg pegi. kkham, arni and ina dah pegi dah. ni gambar no giliran dieorg lah. aku memang tak join sbb memang tengah demam. tp rasanye kalau x demam pun aku memang tak pegi sebab memang takut cucuk2 ni. aku tengok gambar ni pun takut. hehehe. bg org kat luar tu pegi lah ambik suntikan vaksin ni. tp selepas dpt suntikan ni korang akan rasa mcm nak demam, maybe loya2 sikit. ini bukan tipu tau. nurse sendiri yg cakap tau. kesan ni bergantung kpd individu. jadi kalau rasa nak demam kena lah terus makan ubat kalau tak nak demam melarat kan.
Nasi Lemak
HARI tu abg din bawak lauk2 nak makan nasi lemak kat opis. dengar kata "nasi lemak" semua suka kan. biasa lah org Malaysia, memang suka makan nasi lemak. tapi nasi die belum masak lagi. nak masak kat opis. jadi Arni ditugaskan utk masak nasi. lauk yg Abg Din bawak, sambal ikan bilik, ikan bilis goreng, telur rebus dan timun. memang sedap makan sampai rasa mcm tak cukup pulak. sedap sambal ikan bilis tu. setakat ni Abg Din buat sambal memang belum pernah fail lagi. die punya ayam masak merah masa raya hari tu pun kitaorg still sebut2 lagi. tu lah sedap sampai tak boleh lupa. nasi lemak tu kitaorg makan utk sarapan & lunch. Siti Hajar Mat Ali takde kat opis masa ni sebab die mc. hahaha....ruginye.
Thursday, May 13, 2010
Kena Check Up.....
MINGGU lepas ade check up kat opis. biasa lah keje kat PM Care kan! mestilah kena pastikan staf semua sihat, betul tak? ye lah, sebab aku tengok memang ramai yg tak sihat kat opis ni. terdengar org batuk sana sini. termasuk lah aku yg memang dah lama demam. batuk jangan cakap lah. rasa dah setengah tahun batuk ni tak berenti2 pun. dah habis ubat batuk Dr bagi aku telan. tapi tak ok ok jugak. tapi dieorang(misi2 yg cute ni) cuma check suhu badan je. kalau suhu tinggi sangat mungkin dpt mc utk hari tu. rasanye suhu x normal adalah 37 ke atas lah. suhu aku 36.8. jadi still ok lah. hai kenapa lah tak tinggi kalau tak boleh balik kan? hahaha. ade jugak mcm tu kan? lepas tu misi tu tengok aku asyik batuk je die bagi lah topeng muka. aku pakai kejap je lepas tu buang je. biasalah macam rimas pulak nak pakai lama2 kan? hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)