Friday, April 30, 2010

Tiger Woods akui tiduri 120 wanita

GILE tak caye ni!!! biar betik kau Tiger Woods sampai macam ni sekali. hai memang malang lah bini die. mesti hari2 sakit jiwa je. muka Tiger Woods ni aku tengok punya lah baik. tapi tak sangka kan!!!

The lion reunion christian full

Christian the Lion - REUNION! (Part 2)

lion and human reunion

Thursday, April 29, 2010

Pot Luck IT Dept

HARI ni buat pot luck kat opis. tu yg aku pegi beli ulam kat pasar semalam tu. tugasan aku hari ni pulak kena masak nasi. sebenarnye takut jugak nak masak nasi ni sebab kalau tak lembik atau mentah habis lah aku. sebab hari tu masa masak kat opis pernah terlembik sikit. tu yg masa masak tadi siap baca Bismillah semua tu memang risau giler. tapi nasib baik lah masak elok. sebelum masak nasi mintak tolong Nusrah basuh ulam-ulam dulu. lepas tu masak nasi. lepas dah letak nasi tolong Nusrah buat sambal belacan pulak. nak tumbuk pakai lesung batu tapi takut bunyi kuat pulak kan, lepas tu pakai je 'blendar'. buat je la pelan2 kat pantry. dah siap sambal belacan kira dah selesailah tugas nak masak2 ni. tinggal nak setup meja makan je la. masa tengah susun2 makanan tu Aidil pulak cakap aku masak nasi tak cukup. aku dengan pantasnye pegi lah masak lagi sekali. hai 2 kali aku masak nasi ni. nasi baik yg second ni pun ok jugak. lepas tunggu bos semua kitaorang start makan. best giler makan. ni nak tunggu second round pulak ni petang nak makan lagi sekali...hehehe...tengok lah gambo makanan ni..tengok je lah ye


macam2 makanan ade!!!

Nasi aku masak...nasib baik masak elok

Pulut ni Kkham yg masak



Banyak nye ulam...biar betul aku ni?

Sambal belacan Nusrah buat

Budu aku buat

Short bread Arni

Kfc aidil beli

Kari telur Kkham buat

Ikan masin Kak Dila

Ulam Ulaman

SEMALAM gi Pasar Borong Selangor ngan husband sebab nak beli ulam. ITD nak bt pot luck. he bestnye dapat makan2. tugasan aku senang je cuma beli ulam je. biasa lah aku kan "pandai masak" sebab tu nak tugasan yg mcm ni. hehehe pandai ke tak ni? actually aku memang minat ulam-ulam dan sayur. dulu kalau makan nasi asalkan ader sayur pun dah ok. jadi kalau dipikir balik memang sesuailah tugasan ni ngan aku. actually lepas keje kul 6 dah pegi Giant kat Putra Height ni tapi takde ulam. dapat beli bendi je kat situ. mane cukup bendi je kan. lepas tu ajak husband gi pasar. tak penah2 la aku gi pasar ni la first time gi pasar selepas dah bertahun2 dok Putrajaya. ye lah selalunye kalau nak beli aper2 barang basah pun aku beli kat Carrefour atau Tesco je. so kul 8.30 aku pegi lah pasar. suka giler aku biler dah sampai pasar. banyak nye sayur. pasar tu pun besar kan. memang mcm2 ade. ni lah ulam2 yg aku beli.

Daun Kesum

Timun

Pegaga

Daun Tenggek Burung

Daun Selasih

Movie : DUMA

SEMALAM tengok cite ni kat astro, DUMA tajuk die. best giler cite ni. sedih sesangat. aku tak pernah tengok cite ni tapi baca2 kat internet cite ni dah ade sejak tahun 2005 lagi. hahaha rupanye dah lama cite ni kan.hehehe sampai menangis aku tengok cite ni.teringat dekat kucing aku "belang" dulu. ayah aku buang die dulu pasal die selalu muntah kat sofa semua. bunyi mcm kejam kan tapi ayah aku tak lah kejam cuma mungkin masa tu, itu je jalan yg die terpikir. masa tu aku kecik lagi kan mcm x pandai sgt nak pikir la mcm mana nak tolong "belang". actually nama "belang" tu sebab badan die belang2. lepas tu ayah aku gi buang die jauh tau. esoknye die boleh balik umah lagi, memang betul2 amazing!!! mcm mana kucing boleh ingat jalan nak balik umah. lepas tu sakit die tak ok2 jugak. hai kalau skrg ni aku dah bawak gi klinik dah. ayah aku buang die lagi sekali. lepas tu die dah tak balik dah. tak tahu la rasanye mesti die dah mati, sbb kalau die tak mati aku confirm die akan balik. sedih gile lah boleh menangis aku kalau teringat kat "belang". tu sebabnye aku dah tak nak ade haiwan peliharaan lagi sbb tak nak lalui benda yg sama lagi sekali. memang x dpt dinafikan lah kalau kita ada haiwan peliharaan ni, i mean kalau kita bela dr kecil memang ade kasih sayang antara tuan ngan haiwan tu. walaupun antara manusia dan haiwan. mcm cite ni lah. memang pikir2 balik mcm mana lah haiwan boleh ader perasan macam tu pada manusia kan? memang pelik dan unik. kalau manusia maybe tak pelik lah sebab kita ade perasaan, otak, hati semua kan. maybe haiwan pun memang ade perasan walaupun otak mereka tak macam manusia kan. memang rasanye cite ni berjaya menunjukkan kehebatan hubungan antara manusia ngan haiwan. dah la cheetah lagi tu bukan calang2 haiwan kan? haiwan liar yg kita sendiri tahu memang bahaya utk kita dekat. tapi disebalik ganas nye haiwan ni tapi still ade perasaan tu yg best tu. kepada yg belum tengok tu mungkin astro akan ulang balik cite ni dlm masa terdekat ni jadi rajin2 lah tengok channel 411 ek. eh 411 ke? rasanye lah...Selamat Menonton


Lawak gile masa scene Rip pakaikan Duma topi ni...memang sebijik nampak mcm die kucing pulak..nak main2 pulak Rip kang kena ngap kan...hehehe

The Story :

Set in the exotic country of South Africa, Duma tells the powerful adventure tale of an unbreakable bond of friendship between a cheetah named Duma and a courageous young boy named Xan (ALEXANDER MICHALETOS). Xan faces the true test of love when he must cross the wilds of Southern Africa to return his best friend to his rightful home.

When Xan and his father Peter (CAMPBELL SCOTT) come across an orphaned cheetah cub, they name their new friend "Duma," the Swahili name for cheetah, and he quickly becomes a member of the family. But when Duma is almost fully grown, to Xan's dismay, his father tells him that it's time to take his friend to his real home before he grows too old to survive in his native habitat. As Peter says, "Duma has to live the life he was born to - or he'll never be fully alive."

Xan reluctantly agrees, but their plans must be put on hold when his father suddenly falls ill and Xan and his mother (HOPE DAVIS) must move to Johannesburg. When Duma escapes and pays a disastrous visit to Xan's school, the two of them must flee the city to keep Duma from being put into captivity.

Not knowing where to go, Xan gets an idea - he'll carry out the plan his dad had outlined, taking Duma home to a safe and lush place hundreds of miles across South Africa, over the scorching Makgadikgadi Salt Pans, through the Okavango Delta and into the Erongo Mountains.

Before long, Xan is piloting his dad's motorcycle with Duma riding shotgun in the sidecar, the wind whipping through his fur, as the two friends speed across the barren desert and into the wildest adventure of both their lives.

Seeking the comfort of the only shade for miles, the shadow cast by the remains of an airplane wreck, they are confronted by Rip (EAMONN WALKER), a mysterious drifter on a journey of his own. While Xan isn't at all that sure he can trust Rip, he has to admit that he's going to need some help along the way...and Duma makes for a pretty menacing bodyguard.

With some engineering know-how and a parachute from the downed plane, the motorcycle is transformed into an ingenious desert sailboat, and Xan, Rip and Duma are soon racing at breakneck speed across the scorched flats on the power of the wind, until they encounter the untraversable scrub brush of the Kalahari desert and must abandon their craft.

Entering the lush jungles of the Okavango Delta, Xan finds himself surrounded by danger - lions roaring in the distance, crocodiles gliding beneath the furious rapids of the Thamalakane river, and deadly poisonous creatures crawling through the foliage. But it's far too late to turn back now.

Drawing nearer to the Erongo Mountains where he and Duma must finally part, Xan knows that they will face a final test, and discover if Duma is ready to live the life he was born to.

Wednesday, April 28, 2010

Resepi : Kangkung Goreng Belacan

DAH lama rasanye tak makan sayur kangkung!! rasa nak makan sayur kangkung masak belacan lah. tu yg cari resepi kat tenet tu. best kan kangkung yg jenis daun panjang tirus ni kan. rasa nye kangkung ni mudah jugak nak tanam kan, sebab kangkung ni tak memerlukan air yang banyak, kalau tak silap aku lah. ni ader resepi kalau ader yg nak cuba lah.Selamat Mencuba!!!

resepinya;

Bahan-Bahan:
600 gm kangkung, dibersihkan dan disejatkan
½ cawan minyak untuk menumis
Garam secukupnya
5 tangkai cili merah - digiling

6 ulas bawang putih - digiling
6 biji bawang merah - digiling
1 sm belacan - digiling
50 gm udang kering - digiling
Cara:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan giling hingga wangi. Kemudian masukkan kangkung dan garam. Kacau lagi hingga sebati. Apabila cukup masak baru angkat dan hidang.

Nasi Ayam Kampung

MINGGU ni memang nak makan nasi ayam kampung sangat2....sampai semua kawan2 kat opis pun perasan aku nak makan ayam kampung. dekat area opis ni memang ader kedai makan yg jual ayam kampung. memang sedap ayam kampung die. kadang2 tu memang staf ITD selalu makan kat situ, sebab ayam kampung die best sangat. tambahan pulak lauk2 yg lain pun sedap jugak, mcm sayur2 pun sedap. ikan bilis goreng die pun sedap. name restoran die mcm tak ingat sgt lah. nanti aku update lain ek. jadi minggu lepas abg din pujuk2 lah kkham supaya teman aku gi kedai tu. dah la kkham bawak bekal hari tu kan! hai kesian pulak kkham kena teman aku. last2 dah kena pujuk kkham setuju lah nak teman. arni pun ikut jugak. ingatkan abg din nak pegi sekali. rupa-rupanye die pegi restoran yg sama tapi die duduk ngan geng2 lain lah tak makan dgn kitaorang. masa makan tu aku ngan kkham makan ayam kampung goreng, macam biasa kitaorg makan. tapi arni ambik ayam percik. lepas makan aku tapau pulak ayam kampung bawak balik umah. teringat pulak kat abg aku kan. ye lah kita dah makan sedap2 kena la ingat die jugak. lagi 1 kalau die dah suka makan kat situ lain kali boleh lah ajak die jugak kan! pandai tak aku memancing?..hehehe. selain tapau ayam kampung aku beli jugak kuih "cek mek" loghat Kelantan ek. tapi x sedap lah. sebab die punya tepung tu banyak/tebal sangat kot, kalau die bt nipis sedaplah. memang tak boleh lawan lah dgn "cek mek" yang mek aku buat...sedap.

Ayam percik...nasi Arni

Ayam Goreng ....nasi aku hehehe

"Lopak Tike"

MASA sampai umah semalam tengok ade "lopak tike" bawah saji kat umah. bagi org yg tak tahu ni nama kuih kat Kelantan dan area2 Ganu pun ade jugak kot. tapi kat Ganu tak tahu lah pulak panggil aper kan. eh terpikir pulak mak mertua aku ni tahu ke masak kuih Kelantan ni. dalam hati dah agak dah ni mesti die belajar dengan geng die akak depan umah tu. utk makluman mak mertua aku memang ade geng yg buat kuih muih ni. dieorang selalu cuba2 bt macam2 kuih, siap ader buku resepi yg die tulis sendiri.tulis tangan lah. macam old school kan. mak mertua aku suruh aku makan kuih "lopak tike" tu tapi die kata tak cukup syarat tu, sebab selalunye die ader pulut yang warna merah. warna tu tak kisah la kan sebab nak bagi cantik.tapi kuih ni aku perasan memang penuh dengan colour. mula2 santan colour putih, tepung warna hijau, pulut colour pink atau merah, dan kuah manisan colour coklat. memang meriah lah. tapi pikir2 balik teringat pulak masa weekend hari tu masa tengah lepak2 kat umah ade org ketuk pintu, org jual kuih "lopak tike" ni lah. masa tu beli jugak 2 bungkus RM 4. mak mertua aku kenal org yg jual tu die kata org tingkat atas blok. family die ramai jadi mak die bt kuih lah sebab nak cover duit belanja sikit kan. maklum lah anak ramai. yg die jual tu tak sedap sangat lah. dah la kuah manisan die sikit, memang tak cukup. sebab tu kot mak mertua aku cuba nak bt sendiri kot, maklumlah tak puas makan lagi masa beli tu. lagipun memang x sedap. ini lah die gambar kuih tu...selamat menikmati gambar ni k...hehehehe nasib korang lah dpt tengok gambo jer....

Monday, April 26, 2010

Geng Sekolah Menengah

HARI ni teringat pulak kat kawan2 masa sekolah-sekolah dulu. terutamanye sekali budak kelas 5A1 lah. rasanye tingkatan 5 paling meninggalkan kesan lah pada aku. aku rasa pada orang lain pun sama la kot? tak macam kat kolej atau dekat U, entahlah macam x rapat sangat. sekarang ni masing2 dah ada keje, dah ade family sendiri a.k.a dah ade tanggungjawab sendiri la kan. kebanyakan kawan2 aku ni dah kahwin dah. kalau nak bandingkan dgn aku dieorang memang kahwin awal lah. eh dieorang kahwin awal ke atau aku yg terlewat ni? entah lah. memang jarang2 jumpa. kecuali ade la jugak yg jumpa jugak kadang2 tu. yg paling latest ade jugak yg dtg masa aku kahwin hari tu kan 20.3. kalau korang balik kampung aku tak balik. kalau aku balik kampung pulak korang yg tak balik. tapi nak mintak maaf la banyak2 ek sebab kebanyakan masa kawan2 kahwin aku jarang ader lah sebab keje kan. dekat opis lama keje aku macam ketat sikit jadual die. nak balik kampung pun susah. mak ayah pun susah nak jumpa aku. kesian dieorang kan?. dalam setahun kena pegi kebanyakan negeri kat Malaysia ni. maklumlah keje jaga sistem ni. jadi kalau korang ajak gi majlis kahwin aku memang selalu tak dapat pegi. sorry la ek. rasa bersalah ni sebenarnye. tambah2 lagi bile teringat arwah Fuziani meninggal tahun lepas masa time Raya Aidilfitri kan. menyesal sangat sebab memang dah lama tak tengok die. ni ade gambar kawan2 ni aku cilok lah letak kat sini. jangan marah ek saje nak bt kenangan.


Jijun

Nazri

Jani

Princess Hours


RASA nye dah lame dah tak tengok cite Korea. bukan tak nak tengok tapi takde cite best la lately ni. rasanye last aku tengok cite Korea yg best cite Princess Hours lah. mesti ramai yg layan cite ni kan? memang best la cite ni. takde ker Princess Hours 2 pulak ek? kalau ader confirm best kan. cd cite ni aku dah beli dah. kalau ader sesiape yg nak sewa boleh lah contact aku. diulangi sewa ek. pinjam2 tak main tau. eh gurau je lah. kalau cite best memang aku beli cd. sebab senang bile2 nak tengok boleh tengok kan. mula2 beli cd tu hari2 aku tengok cite ni. lepas balik keje je terus layan cite ni. cd die banyak kan...kadang2 sampai kul 1, 2 pagi baru tidur. memang lah sebab kalau dah start tengok memang tak boleh stop. lepas tu setiap kali tengok mesti mengalir air mata (saje tak nak cakap yg aku nangis, cuba la guna perkataan lain) hai sedih gile lah cite ni. macam mane ek org Korea ni boleh bt cite yg best. lately ni ader lah aku perasan kat tempat kita ni pun ader lah satu dua cite filem yg nak bt macam ala2 cite korea. tapi malangnye langsung x menjadi. menyampah, hampeh semua ader. kadang2 geli pun ader gak. tak best langsung. bile lah cite melayu nak best ek. kadang2 promo bukan main lagi. ingat kan best sekali pegi tengok alahai menyesal aku tengok. rasanye kalau layan tidur kat umah lagi baik kot. hai dah mengarut aku ni kata nak cite pasal Princess Hours!!!!! ok lah kepada semua peminat cite Korea same2 lah tunggu kot ader cite yg best lagi lepas ni. ke dah ader cite yg best? dan aku sorang je yg tak tahu!!!

Antara cite Korea yg best sangat :

My Lady

Boys Over Flower

My Girl

Full House

Sunday, April 25, 2010

Keriuhan IT Dept

PAGI2 dah riuh. tu lah... ITD hari ni riuh sikit. antara sebabnye... kkham bwk cup cake, aja pulak baru dtg keje lepas cuti balik Ganu dah bawak kuih bepang. yg lain pulak ade yg baru sampai. ina pulak terlanggar air masak kat atas meja die secara tak sengaja.tapi habis tumpah air kat meja. nasib baik x kena pc die. kalau tidak entah la kan. lepas tu ade pulak yg bincang2 pasal sale bulan 6 ni, lepas tu cakap pulak pasal cuti hari Wesak nanti. hai macam2 lah. yg aku pulak tak habis2 ngan masalah batuk aku ni. dah 3 minggu aku tak sihat, macam2 lah.. demam la, selesema la, batuk la. hai tak tahu nak bt macam mane. ubat dah makan mcm2 dah. tapi tak ok-ok jugak.tapi takpe lah nak ckp ape lagi kan. ni sempat jugak aku snap gambar ITD yg riuh tu....



Dinner kat Restoran Rimba kat Bangi

SEMALAM dinner kat Restoran Rimba area Bangi. lepas gi jalan2 Sogo, lepas tu gi Tesco kat Kajang lapar lah pulak kan. sebenarnye aku dah biasa dah makan kat restoran ni cuma x penah nak ambik gambar. restoran ni die macam byk hiasan2 barang2 lama. mcm2 benda ade die bt hiasan. mcm "bubu" utk tangkap ikan ni die bt hiasan letak lampu pulak kan.husband aku pulak semenjak makan ikan siakap mek aku goreng hari tu kat kmpg...die asyik nak makan ikan siakap je. kalau gi restoran mane2 pun die nak mkn ikan siakap je. semalam aku mintak siakap goreng biasa je sebab dah boring masak mcm2 kan. best jugak goreng biasa pun. nak mkn 2 org je tp order mcm2 ... tapi kebetulanlah sebab tadi lunch pun mkn laksam je. sedang elok lah perut pun tengah lapar....





Bepang dr Terengganu

HA ni lah kuih bepang. aku pun baru tahu hari ni kuih ni di panggil "bepang". tak tahu la kalau tempat lain panggil nama lain kan!! tapi kawan i aja ni dr Terengganu..die panggil kuih ni kuih bepang. tapi nampaknye semua org mcm tahu je nama kuih ni bepang kecuali aku lah. sebenarnye biasa gak makan kuih ni tp mcm biasa lah tak penah nak ambik kisah pasal nama nye...dah makan dah sedap gak....thank u aja nnt kalau balik ganu beli lagi ek..ek...ek

Laksam

SEMALAM pegi breakfast kat luar....biasa lah aku kan mengamalkan konsep makan kat luar breakfast, lunch, dan makan malam memang makan kat luar je...takde maknenye nak masak2 ni..selalu pegi Bangi lah kalau nak breakfast kan sebab kat Bangi banyak kedai makan...memang banyak pilihan...mase tengah cari2 kedai nak breakfast tu dah terpikir nak makan laksam...tapi tak nak cakap lagi kat husband...mase tengah breakfast aku masih jugak pikir pasal laksam..jadi aku cakap je lah kat husband kata nak makan laksam...lepas breakfast kitaorg pegi cari kedai yg jual laksam...akhirnye jumpa jugak kat Restoran Amir kat area Bangi jugak...terus beli tapau

ni lah laksamnye...aku makan habis licin

Sedapnye Cup Cake KKham...

PAGI ni dekat opis makan cup cake lagi....siapa lagi yg buat kalau bukan kkham kan....nak harapkan aku memang takde lah...dengar kata kkham dah beli oven....sebelum ni kkham buat cup cake die kukus je...yang ni bakar lah dalam oven...tapi kukus ke bakar ke 2-2 sedap. best jugak ek sebab kkham sekarang ni die tengah rajin sangat buat cup cake...yg untung nye kita org dekat ITD ni lah...ye lah boleh la tumpang2 makan kan...tukang test pun ok jugak...by the way setakat ni kkham belum gagal lagi menghasilkan cup cake yg sedap ....ayat biasa abg din "macam mane kkham menghasilkan cup cake yang power?" hahaha ...ayat biasa kita dengar kat ITD ni...kkham teruskan usaha kkham bt cup cake...kita org suka sangat


Friday, April 23, 2010

Colour Rambut....FOLLOW ME natural color

HARI jumaat minggu lepas aku colour rambut...sebelum ni ade mintak Kak Gee beli kan colour rambut ni...mula2 Kak Gee kata nak beli Revlon 54, tapi last2 die beli yg Follow Me 05 ni...bg aku tak kisah lah mane2 pun asalkan cantik kan!!...jadi hari Jumaat minggu lepas kita org setlah masa nak bt operasi colourkan rambut aku ni...Kak Gee jugak yg kena buat...takde lah saje je nak bermanja ngan Kak Gee kan...set kul 5.30 tapi Kak Gee ade keje pulak....last2 kul 6.00 baru start...abg aku dah ade kat bawah tunggu..tp takpe lah biar die tunggu..aku on je ngan projek aku ni...akhirnye dalam kul 6.30 siap lah...aku basuh rambut pukul 8.00 mlm saje je nak biar lama sikit

Ni lah die pewarna rambut tu...

Sebelum

Then ni hasil nye bile dah pakai...rasa macam belum cukup brown lagi kan?...nnt nak beli 1 kotak lagi..
__._,_.___

7 Ayat-Ayat Cinta

1.Bismillahhirrahma nnirrahim : pada

tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.



2.Alhamdulliah
: pada tiap-tiap

habis melakukan sesuatu.



3.Astagfirrullah
: jika tersilap

mengatakan sesuatu yang buruk.



4.Insyaallah
: jika ingin melakukan

sesuatu pada masa akan datang.



5.Lahaulawalaquatai llahbillah
: bila

tidak dapat melakukan sesuatu yang

agak berat atau melihat sesuatu yang

buruk.



6.Innalillah
: jika menghadapi

musibah atau melihat kematian.



7.Laailaahaillallah
: bacalah

sepanjang siang dan malam sebanyak-

banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga

kita tergolong dikalangan orang yang

terpilih oleh Allah.


Fuziani(Fook) Dalam Kenangan

MASA keluar pegi beli makanan tadi adelah kawan2 dah mula ckp pasal raya...ye la sekarang ni mungkin dah ade yg dah mula nak tempah bayu raya...yang nak tempah ade, ade jugak yg nak beli siap...bila dah sebut pasal raya teringat pulak aku pada kawan aku arwah Fuziani yg meninggal pada hari raya puasa tahun lepas...betul2 pd hari raya ni..masa tu die ngan husband die on the way nak balik raya kelantan...accident dekat Gerik...rasa menyesal sangat sebab tak sempat jumpa die...dah la masa die kahwin aku tak pergi sebab tak dapat cuti kan...dulu die ni salah sorang geng kita lepak2 lepas sekolah..hang out sama2...pegi umah Sha, lepak dalam bilik Sha, mak Sha masak makan ramai2...dan Fook ni memang pantang takde keje die mesti buat sit up..memang tu lah hobi die bt sit up...masa duduk asrama pun die masuk asrama sekali...ramai2 ambik gambar sekali...curi makanan kat kantin asrama sekali...sebab aper untuk minum petang kuih 1 je untuk sorang...masa mak cik kantin asrama tu masuk kat dapur kita orang ambik lebih lah sebab mane cukup 1 je kan...lepas tu berlari masuk asrama semua....ambik gambar kat katil atas yg nak cecah siling tu...memang tak tahan la kalau ingat balik...gembira sangat masa tu...aku terkejut sangat bila tahu masa die meninggal tu die tengah mengandungkan anak pertama die...die memang baru kahwin jugak masa tu.....harap2 tahun ni jangan lah ade sesiapa yang accident lagi...bawak lah kete hati2...untuk aku jugak la nasihat ni kan...sedih sangat...tapi Allah lebih menyanyangi die....kepada kawan2 yg mengenali Fook kita sedekahkan lah Al-Fatihah setiap masa untuk arwah...InsyaAllah